Pages

Friday, 28 October 2011

TAHUKAH KAMU

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TAHUKAH ANDA?




Apakah bahaya merokok?
Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???
Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Bagaimana cara berhenti merokok ???
Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih ,ada 2 cara
1) Berhenti terus
2) Berhenti beransur-ansur
3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin. 

Anda boleh ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dari
pegawai perubatan, pembantu perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok.
           























 Alkohol
KETAGIHAN ALKOHOL
Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.
KESAN FIZIKAL
Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.
Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.
Ulser dan gastritis
Kecederaan otak dan masalah saraf
Masalah jantung dan tekanan darah
Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
Masalah seksual
Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME - FAS)
FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami:
Kekurangan berat badan.
Kurang tinggi
Kepala kecil


 Masalah jantung
Kecacatan kaki-tangan serta sendi
Koordinasi yang lemah
Hilang ingatan
Masalah pembelajaran
Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar menjaga diri dan anak-anak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau.
ALKOHOL DAN KANSER
Meminum minuman keras menjadikan rawatan terhadap kanser tidak berkesan. Sebagai contoh:
Jika anda memerlukan pembedahan, alkohol di dalam badan akan menimbulkan masalah dengan ubat bius (anesthesia).
Jika anda dirawat dengan kemoterapi, dan mungkin terdapat kudis dalam mulut anda, alkohol akan memburukkan lagi keadaan.
Jika anda memerlukan rawatan radiasi/kemoterapi, anda perlu makan dengan betul untuk menguatkan diri anda. Meminum minuman keras boleh mengganggu tabiat makan dan membantutkan penyembuhan.
Penyalahgunaan alkohol mengganggu keupayaan anda menghadapi masalah kanser, tekanan perasaan dan emosi yang berkaitan dengannya.

MASALAH TINGKAHLAKU DAN TEKANAN EMOSI
Alkohol boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar batas kawalannya seperti memandu terlalu laju dan amalan-amalan lain yang merbahaya.
Perubahan ragam atau mood seperti marah, ganas, murung dan mungkin ke peringkat ingin membunuh diri dengan pengambilan alkohol yang berlebihan.
Boleh mengakibatkan hilang daya ingatan dan kewarasan (paras pengambilan alkohol yang tinggi menghalang daya ingatan yang baik






Membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kadar perceraian meningkat di kalangan penagih arak dan anak-anak mereka mengalami tekanan perasaan yang berpanjangan.
Penagih arak juga menghadapi penurunan prestasi kerja, masalah pergaulan dengan pekerja-pekerja lain dan majikan.
Anda memerlukan bantuan profesional sekiranya:
Menghadapi masalah daya ingatan atau pengsan kerana minum.
Anda tidak boleh hidup tanpa meminum alkohol.
Gagal mengawal tabiat minum anda walaupun anda mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh tabiat buruk ini.
Perlu minum banyak alkohol untuk mengatasi gejala seperti sakit kepala, kesejukan, menggigil dan ketagihan arak yang teruk.
Tabiat minum ini menjejaskan kerja, persekolahan dan pergaulan anda dengan orang lain.
Perlu mengambil alkohol untuk mengatasi masalah hidup atau melarikan diri dari masalah yang dihadapi
Melakukan kegiatan yang berisiko tinggi seperti mengadakan hubungan seks yang tidak selamat dan rambang setelah minum..
Melakukan beberapa kesalahan undang-undang seperti memandu dalam keadaan mabuk
Mendapat aduan dari kaum keluarga dan sahabat handai serta majikan mengenai tabiat buruk anda ini.
Tidak suka bergaul dan terasing selepas mengambil alkohol.

RAWATAN
Ketagihan alkohol boleh diwarisi . Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Dua jenis ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse (tidak terdapat di Malaysia). Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone (terdapat di Malaysia), ia menyekat keinginan untuk meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.









PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
    1. Opait
    2. Perangsang (stimulants)
    3. Penekanan (Depressants)
    4. Hallucinogen
    5. Ganja (Cannabis)
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
    1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
    2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
    3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
    4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
    5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
    6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
    7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
    8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
    9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
    10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
    11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
    12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
    13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
DADAH YANG TERKENAL DI SABAH
1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
  1. ICE
  2. GLASS
  3. CRACK METH
  4. HIROPONG
  5. BATU (STONES)
Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.
1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.
1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
2. LATAR BELAKANG
2.1.   Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
2.2.   Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3.   Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH
3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:
3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.
4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:
4.3.1    Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2    Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3    Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:
4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU
Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.
5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.
6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
i) China White
ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu
Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
  1. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
  2. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
  4. Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
  1. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
  4. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
  5. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
  6. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.
8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952
METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
JENIS DADAH
SEKSYEN
KESALAHAN
BERAT DADAH
HUKUMAN/DENDA
Ganja
6
Memiliki
Ke bawah 20gm
RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

39A (1)
Memiliki
20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm
Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.

39A(2)
Memiliki
50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

6B
Menanam pokok ganja
Tidak kira berapa pokok
Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali

39B
Mengedar
200gm ke atas
MATI
Candu
9
Memiliki
Ke bawah 100gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

39A(1)
Memiliki
100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)
Memiliki
250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

39B
Mengedar
1000gm
MATI
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine
12(2)
Memiliki
Ke bawah 2gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

39A(1)
Memiliki
2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)
Memiliki
5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

39B
MENGEDAR
15gm ke atas
MATI
Ubat Batuk
9(1)
Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar
-
RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya
Pil
30(3)
Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar
-
RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya
Syabu
12(2)
Memiliki
Kebawah 5gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

39A(1)
Memiliki
5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)
Memiliki
30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

39B
MENGEDAR
50gm ke atas atau lebih
MATI






Pencegahan Penyalahgunaan Bahan
 Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk pencegahan penyalahgunaan bahan  :
1) Bersikap realistik terhadap pekerjaan/ tanggungjawab anda • Akui kekuatan dan kelemahan diri. • Sentiasa berfikiran positif. • Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan. • Memupuk sikap seronok bekerja/ belajar.
2) Merancang kerja anda • Kendali masa anda dengan bijak. • Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh. • Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah. • Mengagihkan kerja dengan baik.
3) Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik. • Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya. • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian. • Ambil tindakan secara wajar.
4) Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar • Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku. • Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda. • Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.
5) Amalkan komunikasi yang berkesan • Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif. • Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas. • Hormatilah pandangan rakan anda.
6) Semaikan semangat bermasyarakat • Jalankan persahabatan dengan rakan-rakan anda. • Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah. • Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai. • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
7) Amalkan cara hidup sihat • Luangkan masa untuk berehat dan bertenang. • Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi. • Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah. • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.
Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa gaya hidup sihat adalah terhindarnya seseorang dari gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa, dapat menyesuaikan diri, dapat memanfaatkan semua potensi dan bakat yang ada semaksimum mungkin dan membawa kepada kebahagiaan bersama serta tercapainya keharmonisan jiwa dalam hidup.



LIRIK
BORIA PEDOMAN HIDUP
Korus
Insaflah diri sentiasa beringat
Rokok,alkohol,dadah dilaknat
Semoga sejahtera dunia akhirat
Inilah boria pesanan azimat

Menagih dadah buruk padahnya
Otak yang sihat jadi merana
Pertimbangan akal hilang ke mana
Merompak,mengugut,kehilangan nyawa

Insaflah diri sentiasa beringat
Rokok,alkohol,dadah dilaknat
Semoga sejahtera dunia akhirat
Inilah boria pesanan azimat

Alkohol dan arak bawa bencana
Keluarga menjadi porak peranda
Apabila mabuk lupa semua
Berlaku kejam sesama manusia

Insaflah diri sentiasa beringat
Rokok,alkohol,dadah dilaknat
Semoga sejahtera dunia akhirat
Inilah boria pesanan azimat

Rokok juga mendatangkan bahaya
Banyak penyakit berpunca daripadanya
Hindarlah ia wahai remaja
Kelak hidupmu sihat sejahtera

Insaflah diri sentiasa beringat
Rokok,alkohol,dadah dilaknat
Semoga sejahtera dunia akhirat
Inilah boria pesanan azimat



No comments:

Post a Comment